Skip to main content

CerBuKu IV


Ain-adik Am (only)
Ina-Ma (panggilan Pa kepada Ma)
Along-Am(panggilan Ain kepada abangnya, Am)
-------
"Hani tak payah pergi la. You have everything. Hani ada Am, Ma, Pa and Ain. What else de ye need? Come on.. Takkan lah Hani sanggup tinggalkn Am alone? ". Ma memulakan bicara tatkala seisi keluarga berkumpul di ruang tamu oren malam tadi sambil menjamah dessert, puding laici selepas makan malam yang lazat.
Aku agak Am telah memberitahu mereka awal-awal. Aku mengerti.
" Ma. I'm not a kid, Ma. Even kalau Am tak boleh pergi ikut Hani sebab tanggungjawab Am yang berat dekat Al-Razi , Am boleh jaga diri sendiri." Dia cuba mempertahankanku , tegas tetapi masih lembut bertutur. Am tidak mampu meninggikan suara.
" Am , Hani, do you realise how long have u been married?" Mata Ma tepat memandang ke arahku, bagai harimau yang mengejar mangsanya. Ah. Aku mula pusing, Ma merumitkan lagi.
Hanya Ma yang membuka mulut. Pa dan Ain, adik Am membisu, hanya memerhatikan dan mendengar wayang dramatik di hadapan mereka, menunggu turn untuk membacakan skrip.
'Tak sampai 2 bulan.. ' Aku memejamkan mata, mengharap bahawa semua ini hanyalah mimpi dan fantasi. Malangnya, ini bukan wayang. Suara Am dan aku bagaikan tersekat di kerongkong, tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan itu kerana pedih rasanya, hati kami yang merasakan.
Am tiba-tiba menggenggam lembut tanganku, seolah-olah menyampaikan message 'Sabar. Biar Am bercakap', lalu bersuara.
"Ma... Hani tak buat keputusan lagi. Am dengan Hani serah semua padaNya. Am akan terima keputusan Hani selagi tidak memberi mudarat. I hope Ma will understand.."
Aku memandang sayu pada suamiku itu. Aku tersenyum padanya, tidak tahu kenapa tetapi terasa tenang di dada pabila mendengar bait itu.
"Abang pun setuju. Ina sepatutnya bagi dieorang masa nak buat keputusan. Kita cuma boleh bagi pendapat sahaja. We're not in their shoes. " Suara garau Pa memecah tembok antara penonton dan pelakon 'wayang'. Penonton mula bersuara.
"Ma..... Ain tahu benar Kak Hani sayangkan Along. I'm definitely sure, kalau dieorg berada jauh pun, well, hati masih rapat." Pelajar physochology UIMM ini menambah pendapat ayahnya pula, sebelum memasukkan sudu terakhir berisikan puding ke dalam mulut merahnya.
Ma hanya menjeling. 4 lawan 1. Terdetik juga, 'Betul juga, tapi..........'
"Ain, pergi ambik baju yang Pa belikan Along dengan Kak Hani kamu masa dekat Korea hari tu. Dalam plastik besar tu. Please.." Pa meminta tolong anak bongsunya. Sudah lama mahu diberi, tetapi kesibukan aku dan Am menjadi penghalang. Sekarang adalah masa yang sesuai. Pada masa yang sama ingin menenggelamkan kesedihan tercalit di muka-muka di hadapan Pa.
Ain berlari-lari anak menuju ke master bedroom. Pa membuka cerita mengenai percutiaannya di Selatan Korea, pasti amat menyeronokkan. Ma juga tersenyum girang, mungkin berasa geli hati teringat kembali percutian mereka minggu lepas. Suasana mula terhibur.
------
Seronok Pa dan Ma bercerita tadi. 'Honeymoon yang keberapa puluh tah', terkeluar dari mulut Ain tatkala bergurau senda menyebabkan ketawa terburai mengisi kesunyian rumah mewah ini.
Aku lega, Pa wraps it up. Baju yang dibelikan Pa dan Ma juga sangat cantik. Benar. Tetapi saat aku membelek-belek dalam plastik , aku terkejut 'beruk'. Aku membuntangkan mata, pelik rasanya.
Kenapa ada beberapa pasang baju kecil comel milik bayi? Baju ini... Aku mencuit Am yang berada di sebelahku di kamar, dan menggerakkan mata ke arah baju yang ku pegang untuk memberitahu dan memandangnya kembali. Am menggeleng, tanda tidak tahu kenapa.
"Am.... Hani rasa Hani tahu kenapa Ma tak bagi Hani pergi. Baju ni...."
"Kenapa? Hani tahu?". Masih samar-samar bagi Am.
Anggukan perlahan sudah cukup mengiyakan. Aku tidak sanggup lagi untuk memikirkan.
Jalan mana yang perlu dilalui? Semuanya cukup rumit bagiku. Ya robbi, aku pasrah kepadaMu.
-------

Comments

Popular posts from this blog

CerBuKu V

CerBuku I CerBuku II CerBuku III CerBuku IV ------ Genggamanku tidak mahu aku lepaskan, apatah lagi aku takut kertas 'keramat' ini akan hilang. Ini bukan sebarang kertas, kertas yang telah menjadi impianku selama aku hidup sebagai hamba Allah, sebagai tiket untuk menjadi seseorang. Tanpa aku sedari, manik-manik air menitis di pipi, hibanya hati ini bukan kerana sedih tetapi kerana kesyukuran tak terhingga. Aku masih tidak percaya. Apakah aku bermimpi? Serta-merta aku kesat pipiku yang basah dengan gopoh tatkala aku merasakan seseorang sedang melihatku dari kerumunan orang ungu. Dia sahaja yang lain, tubuh tegapnya dibaluti dengan tuxedo Calvin Klein hitam berkilat dengan jaluran warna emas. 'Tampak berkarisma', desis hati kecilku. Pada masa yang sama, aku tercari-cari Nur Mary. Tiba-tiba sahaja hilang usai majlis bersurai.'Manalah pergi budak Cina ni, pusing aku dibuatnya.' Dahi dipicit berulang-ulang kali. " There are no other words tha...

CerBuKu II

Watak terlibat: Am- Amsyar Hani-Hannani Ma-Ibu Amsyar Pa-Ayah Amsyar Al-Razi- Company Am ----- Mobil Kia Picanto menyusur laju di lebuh raya LDP bertemankan oren petang menantikan ketibaan Maghrib. Dendangan tarannum Al-Quran di corong radio mengusik jiwaku yang tidak tenteram. Tayangan conversation berputar kembali di minda. "Am tunggu Hani dekat sini nanti.", tuturnya menamatkan perbualan telefon tengah hari tadi yang tiada introduction . 'Kenapa mahu bertemu di sana?' Aku memarkir kereta di penjuru perkarangan indah yang terang disinari dengan cahaya lampu. 'Am dekat mana ni?', ngomelku. Aku melompat kecil menjenguk di mana kelibat insan bernama suami. Hanya terlihat kereta BMW hitam kesayangan Am. "Hani!" Senyuman diukir setelah mendengar suara garau yang memanggil dari belakang. "Am.. Kenapa...." Baru sahaja ingin bertanya kedengaran panggilan Tuhan memanggil hambanya menunaikan rukun Islam kedua memecah...