Skip to main content

CerBuKu III

Umi-arwah Ibu Hani
-----
Apa yang ada dan nilainya pada perkahwinan atas pilihan ibu bapa? Ramai yang menidakkan dan menafikan wujudkah kebahagiaan yang akan dinikmati pasangan suami isteri. Aku juga merasakan.
Ya. Kami disatukan tanpa cinta. Aku sesekali tidak pernah bersua dengannya sebelum akad suci dilafazkan oleh Am. Hanya dengan sekeping gambar, aku melihatnya. Itu pun, hanya sekilas!
"Aku terima nikahnya, Mawaddah Hannani Binti Saifuddin dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai.." Aku terkedu, adakah dia jodohku?
Amsyar Radzi Bin Abdullah. Jejaka inilah penyebabnya. Am telah mengaburkan dan mengubah persepsi negatif burukku secara halus. Dia bagai seorang guru dan sahabat karib. Dialah penyinar hadirnya cinta selepas kahwin. Cinta yang murni dan diberkati Allah. Betapa jahilnya aku dahulu saat aku sering bermain noda cinta bersama lelaki bukan mahram. Aku hina dan kerdil.
Baru sahaja kasih sayang rahmah muhibbah mula membenih dengan subur, aku sudah menerima lagi satu ujian.Ujian yang memerlukan kesabaran dan kesediaan. Antara impian dan kasih. Yang mana mendahului?
Aku menerima surat dari luar negara hari lepas. Kandungannya jelas dan mudah.
" Mister/Madam, You need to continue your degree which has been hold over for a few months because of your personal matters. You are required to register again on 17 April 2010 to proceed with your study for Bachelor of Medicine and Surgery.If you fail to do the registration, we are afraid that you have to end your degree study course which has two years left till you graduate. Any enquiries, you can email us or visit our website."
Surat ini pasti tidak ada kalau ia tidak terjadi. Terimbas kembali kejadian yang meruntun hati tiga bulan lepas.
'Umi nak Hani kahwin dengan pilihan Umi. Umi tahu Hani sedang belajar, tetapi ini sahaja permintaan Umi sebelum Umi...'
Nafas terakhir dihembuskan pabila dia meluahkan hajatnya untuk aku berkahwin dan dia memegang gambar Am bersama-sama di tangannya. Aku kini tiada ibu.
"Hani!"
Aku tersentak dari lamunanku. 'Siapa pula yang panggil aku kuat-kuat ni?Aku boleh dengarla..'
"Tidur ke? Nak kata tidur, mata Hani terbukak. Terbuka besar pulak tu, macam nak makan orang pun ada. Takutnya.. Hehe" Rupanya suamiku yang memanggil. Ada saja yang ingin disakatnya. Aku tidak sedar rupanya Am sedang bercakap denganku.
"Tak adalah. Hani tengah fikir pasal Am. Bertuahnya la jadi isteri Am kan.",ngomelku saja aku mahu mengusiknya dalam kesunyian malam dalam perjalanan menuju ke Country Heights, destinasi terakhir, Rumah Ma dan pa.
"Hehe, ye ke ni?".Dia inginkan kepastian.
Hikmahnya, aku ditinggalkan Umi tetapi aku dikurniakan seorang suami, Am. Malangnya, aku berbeza dari Am. Kalau diikutkan,aku hanya ada sijil SPM. Belum graduate lagi, aku ditimpa pelbagai cubaan. Aku sekarang menggalas tanggungjawab yang besar, amat besar, yang aku klasifikasikan bukan minatku. Impian julungku adalah untuk menggenggam segulung ijazah yang melayakkan aku digelar doktor. Aku tidak mahu gelaran, tetapi itulah impian agung aku yang sudah lamaku tanam dari kecil hingga sekarang. Tiada apa yang berubah. Aku inginkan itu.
"Ey, sayang. Dah sampai dah.". Sekali lagi aku mengelamun.
Aku terkejut. Bagai baru beberapa minit sahaja aku bertolak dari rumah.
"Eh, Am bawak laju eh? Kalau ade speed trap macam mane?". Aku risau.
"Hani yang mengelamun, dia kate Am pulak bawak laju. Jom masuk, Ma dengan Pa dah tunggu dah tu.", perli Am menyedarkan aku bahawa aku tidak melayan percakapan Am sepanjang perjalanan ke sini.
Aku tergelak kecil. 'Sian Am, hehe'
------
Mahligai rumah Ma dan Pa tidak sekali berjaya menenteramkan kalbu. Aku tetap bingung dan rungsing bagai orang separuh gila.
Alangkah baiknya kalau aku tidak berkahwin, alangkah baiknya kalau Am bukan anak lelaki tunggal dan juga CEO, alangkah baiknya jika Ma tenang mendengar penjelasanku tanpa terus membuat keputusan sendiri. Ah, buat apa aku menyesal. Ini sudah ditentukan Allah, aku mesti menghadapinya!
Masalah ini semakin sulit. Ma terus pertahankan prinsipnya. Aku terasa ditampar-tampar. Aku tahu, semua ini ada jalan penyelesaiannya. Tetapi, adakah ia yang terbaik buatku dan Am?Bantuku, Ya Allah.
------

Comments

Popular posts from this blog

CerBuKu IV

Ain-adik Am (only) Ina-Ma (panggilan Pa kepada Ma) Along-Am(panggilan Ain kepada abangnya, Am) ------- "Hani tak payah pergi la. You have everything. Hani ada Am, Ma, Pa and Ain. What else de ye need? Come on.. Takkan lah Hani sanggup tinggalkn Am alone? ". Ma memulakan bicara tatkala seisi keluarga berkumpul di ruang tamu oren malam tadi sambil menjamah dessert, puding laici selepas makan malam yang lazat. Aku agak Am telah memberitahu mereka awal-awal. Aku mengerti. " Ma. I'm not a kid, Ma. Even kalau Am tak boleh pergi ikut Hani sebab tanggungjawab Am yang berat dekat Al-Razi , Am boleh jaga diri sendiri." Dia cuba mempertahankanku , tegas tetapi masih lembut bertutur. Am tidak mampu meninggikan suara. " Am , Hani, do you realise how long have u been married?" Mata Ma tepat memandang ke arahku, bagai harimau yang mengejar mangsanya. Ah. Aku mula pusing, Ma merumitkan lagi. Hanya Ma yang membuka mulut. Pa dan Ain, adik Am membisu, han

CerBuKu I

CerBuKu-Cerpen Buatan Aku Al-Razi- Company Am ----- "Huuuuh.." Keluhan panjang dilepaskan. Ternyata kerusi kulit empuk Cavenzi tidak dapat menenangkan hatiku yang resah . Bulat mataku masih lagi memandang pada sepucuk surat. Ahh, aku berasa geram. Geram pada diriku sendiri.Kenapa sekarang? ----- "Assalamualaikum..", suara yang dikasihi berkumandang di corong telefon. Ingin sahaja tadi aku menekan punat merah, tetapi apakan daya aku merindui pemilik suara itu. "Am..", aku bersuara sayu. "Hani, pandang kiri.", riang ton suaranya. Tolehan ke kiri membuatkan diriku tersenyum kecil. 'Dia selalu begitu'. Susuk tubuh lampai itu menerjah ke pintu bilik. "Excuse me Puan Hani, lunch is ready... " Hatiku makin sayu. Dia tidak tahu apa yang bermain ligat di mindaku sekarang. "Am.. Am x sibuk ke?", lembut bertanya kerana pelik melihat gelagat dia. Dia tergelak kecil.Hehe. "Jangan risau