Skip to main content

Posts

CerBuKu V

CerBuku I CerBuku II CerBuku III CerBuku IV ------ Genggamanku tidak mahu aku lepaskan, apatah lagi aku takut kertas 'keramat' ini akan hilang. Ini bukan sebarang kertas, kertas yang telah menjadi impianku selama aku hidup sebagai hamba Allah, sebagai tiket untuk menjadi seseorang. Tanpa aku sedari, manik-manik air menitis di pipi, hibanya hati ini bukan kerana sedih tetapi kerana kesyukuran tak terhingga. Aku masih tidak percaya. Apakah aku bermimpi? Serta-merta aku kesat pipiku yang basah dengan gopoh tatkala aku merasakan seseorang sedang melihatku dari kerumunan orang ungu. Dia sahaja yang lain, tubuh tegapnya dibaluti dengan tuxedo Calvin Klein hitam berkilat dengan jaluran warna emas. 'Tampak berkarisma', desis hati kecilku. Pada masa yang sama, aku tercari-cari Nur Mary. Tiba-tiba sahaja hilang usai majlis bersurai.'Manalah pergi budak Cina ni, pusing aku dibuatnya.' Dahi dipicit berulang-ulang kali. " There are no other words tha
Recent posts

CerBuKu IV

Ain-adik Am (only) Ina-Ma (panggilan Pa kepada Ma) Along-Am(panggilan Ain kepada abangnya, Am) ------- "Hani tak payah pergi la. You have everything. Hani ada Am, Ma, Pa and Ain. What else de ye need? Come on.. Takkan lah Hani sanggup tinggalkn Am alone? ". Ma memulakan bicara tatkala seisi keluarga berkumpul di ruang tamu oren malam tadi sambil menjamah dessert, puding laici selepas makan malam yang lazat. Aku agak Am telah memberitahu mereka awal-awal. Aku mengerti. " Ma. I'm not a kid, Ma. Even kalau Am tak boleh pergi ikut Hani sebab tanggungjawab Am yang berat dekat Al-Razi , Am boleh jaga diri sendiri." Dia cuba mempertahankanku , tegas tetapi masih lembut bertutur. Am tidak mampu meninggikan suara. " Am , Hani, do you realise how long have u been married?" Mata Ma tepat memandang ke arahku, bagai harimau yang mengejar mangsanya. Ah. Aku mula pusing, Ma merumitkan lagi. Hanya Ma yang membuka mulut. Pa dan Ain, adik Am membisu, han

CerBuKu III

Umi-arwah Ibu Hani ----- Apa yang ada dan nilainya pada perkahwinan atas pilihan ibu bapa? Ramai yang menidakkan dan menafikan wujudkah kebahagiaan yang akan dinikmati pasangan suami isteri. Aku juga merasakan. Ya. Kami disatukan tanpa cinta. Aku sesekali tidak pernah bersua dengannya sebelum akad suci dilafazkan oleh Am. Hanya dengan sekeping gambar, aku melihatnya. Itu pun, hanya sekilas! "Aku terima nikahnya, Mawaddah Hannani Binti Saifuddin dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai.." Aku terkedu, adakah dia jodohku? Amsyar Radzi Bin Abdullah. Jejaka inilah penyebabnya. Am telah mengaburkan dan mengubah persepsi negatif burukku secara halus. Dia bagai seorang guru dan sahabat karib. Dialah penyinar hadirnya cinta selepas kahwin. Cinta yang murni dan diberkati Allah. Betapa jahilnya aku dahulu saat aku sering bermain noda cinta bersama lelaki bukan mahram. Aku hina dan kerdil. Baru sahaja kasih sayang rahmah muhibbah mula membenih dengan subur, aku suda

CerBuKu II

Watak terlibat: Am- Amsyar Hani-Hannani Ma-Ibu Amsyar Pa-Ayah Amsyar Al-Razi- Company Am ----- Mobil Kia Picanto menyusur laju di lebuh raya LDP bertemankan oren petang menantikan ketibaan Maghrib. Dendangan tarannum Al-Quran di corong radio mengusik jiwaku yang tidak tenteram. Tayangan conversation berputar kembali di minda. "Am tunggu Hani dekat sini nanti.", tuturnya menamatkan perbualan telefon tengah hari tadi yang tiada introduction . 'Kenapa mahu bertemu di sana?' Aku memarkir kereta di penjuru perkarangan indah yang terang disinari dengan cahaya lampu. 'Am dekat mana ni?', ngomelku. Aku melompat kecil menjenguk di mana kelibat insan bernama suami. Hanya terlihat kereta BMW hitam kesayangan Am. "Hani!" Senyuman diukir setelah mendengar suara garau yang memanggil dari belakang. "Am.. Kenapa...." Baru sahaja ingin bertanya kedengaran panggilan Tuhan memanggil hambanya menunaikan rukun Islam kedua memecah

CerBuKu I

CerBuKu-Cerpen Buatan Aku Al-Razi- Company Am ----- "Huuuuh.." Keluhan panjang dilepaskan. Ternyata kerusi kulit empuk Cavenzi tidak dapat menenangkan hatiku yang resah . Bulat mataku masih lagi memandang pada sepucuk surat. Ahh, aku berasa geram. Geram pada diriku sendiri.Kenapa sekarang? ----- "Assalamualaikum..", suara yang dikasihi berkumandang di corong telefon. Ingin sahaja tadi aku menekan punat merah, tetapi apakan daya aku merindui pemilik suara itu. "Am..", aku bersuara sayu. "Hani, pandang kiri.", riang ton suaranya. Tolehan ke kiri membuatkan diriku tersenyum kecil. 'Dia selalu begitu'. Susuk tubuh lampai itu menerjah ke pintu bilik. "Excuse me Puan Hani, lunch is ready... " Hatiku makin sayu. Dia tidak tahu apa yang bermain ligat di mindaku sekarang. "Am.. Am x sibuk ke?", lembut bertanya kerana pelik melihat gelagat dia. Dia tergelak kecil.Hehe. "Jangan risau