Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

CerBuKu V

CerBuku I CerBuku II CerBuku III CerBuku IV ------ Genggamanku tidak mahu aku lepaskan, apatah lagi aku takut kertas 'keramat' ini akan hilang. Ini bukan sebarang kertas, kertas yang telah menjadi impianku selama aku hidup sebagai hamba Allah, sebagai tiket untuk menjadi seseorang. Tanpa aku sedari, manik-manik air menitis di pipi, hibanya hati ini bukan kerana sedih tetapi kerana kesyukuran tak terhingga. Aku masih tidak percaya. Apakah aku bermimpi? Serta-merta aku kesat pipiku yang basah dengan gopoh tatkala aku merasakan seseorang sedang melihatku dari kerumunan orang ungu. Dia sahaja yang lain, tubuh tegapnya dibaluti dengan tuxedo Calvin Klein hitam berkilat dengan jaluran warna emas. 'Tampak berkarisma', desis hati kecilku. Pada masa yang sama, aku tercari-cari Nur Mary. Tiba-tiba sahaja hilang usai majlis bersurai.'Manalah pergi budak Cina ni, pusing aku dibuatnya.' Dahi dipicit berulang-ulang kali. " There are no other words tha