Skip to main content

CerBuKu II

Watak terlibat: Am- Amsyar
Hani-Hannani
Ma-Ibu Amsyar
Pa-Ayah Amsyar
Al-Razi- Company Am
-----
Mobil Kia Picanto menyusur laju di lebuh raya LDP bertemankan oren petang menantikan ketibaan Maghrib. Dendangan tarannum Al-Quran di corong radio mengusik jiwaku yang tidak tenteram. Tayangan conversation berputar kembali di minda.
"Am tunggu Hani dekat sini nanti.", tuturnya menamatkan perbualan telefon tengah hari tadi yang tiada introduction.
'Kenapa mahu bertemu di sana?'
Aku memarkir kereta di penjuru perkarangan indah yang terang disinari dengan cahaya lampu.
'Am dekat mana ni?', ngomelku.
Aku melompat kecil menjenguk di mana kelibat insan bernama suami. Hanya terlihat kereta BMW hitam kesayangan Am.
"Hani!"
Senyuman diukir setelah mendengar suara garau yang memanggil dari belakang.
"Am.. Kenapa...."
Baru sahaja ingin bertanya kedengaran panggilan Tuhan memanggil hambanya menunaikan rukun Islam kedua memecah senja di Masjid Al-Ikhlas. Allahuakbar allahuakbar..
"Dah Maghrib. Kita solat dekat sini je eh.", Am memintas percakapanku. Aku tidak mengerti. Dia menarik lembut tanganku berjalan ke pintu utama.
Pelik.
"Am........", rayuku.
Langkah kami terhenti.
Am memandangku lalu mengeluarkan kata-kata yang mudah difahami tetapi mendalam maknanya.
"Am nak Hani jumpa Dia. Mintak petunjuk dekat Dia. Am tak nak Hani buat keputusan sebab Am. Dia Maha Mengetahui. Am rasa ini jalan terbaik, bukan? Lagipun, malam ni abang terasa nak dengar tazkirah Ustaz Nik Azizi."
Istikharah!
Aku menggangguk perlahan tanda aku memahami.'Inilah yang aku perlukan'
Tidakkah kau tahu bahawa aku benar-benar bersyukur.
"Hani, Am nak balik rumah Ma. Kita tidur sana okey malam ni. Pa ajak tadi bile Am call."
'Bagaimana aku mahu berdepan dengan mereka?Gembirakah mereka?Ahh, surat itu.'Ya Allah, aku hamba yang lemah.
------

Comments

Popular posts from this blog

CerBuKu IV

Ain-adik Am (only) Ina-Ma (panggilan Pa kepada Ma) Along-Am(panggilan Ain kepada abangnya, Am) ------- "Hani tak payah pergi la. You have everything. Hani ada Am, Ma, Pa and Ain. What else de ye need? Come on.. Takkan lah Hani sanggup tinggalkn Am alone? ". Ma memulakan bicara tatkala seisi keluarga berkumpul di ruang tamu oren malam tadi sambil menjamah dessert, puding laici selepas makan malam yang lazat. Aku agak Am telah memberitahu mereka awal-awal. Aku mengerti. " Ma. I'm not a kid, Ma. Even kalau Am tak boleh pergi ikut Hani sebab tanggungjawab Am yang berat dekat Al-Razi , Am boleh jaga diri sendiri." Dia cuba mempertahankanku , tegas tetapi masih lembut bertutur. Am tidak mampu meninggikan suara. " Am , Hani, do you realise how long have u been married?" Mata Ma tepat memandang ke arahku, bagai harimau yang mengejar mangsanya. Ah. Aku mula pusing, Ma merumitkan lagi. Hanya Ma yang membuka mulut. Pa dan Ain, adik Am membisu, han...

CerBuKu V

CerBuku I CerBuku II CerBuku III CerBuku IV ------ Genggamanku tidak mahu aku lepaskan, apatah lagi aku takut kertas 'keramat' ini akan hilang. Ini bukan sebarang kertas, kertas yang telah menjadi impianku selama aku hidup sebagai hamba Allah, sebagai tiket untuk menjadi seseorang. Tanpa aku sedari, manik-manik air menitis di pipi, hibanya hati ini bukan kerana sedih tetapi kerana kesyukuran tak terhingga. Aku masih tidak percaya. Apakah aku bermimpi? Serta-merta aku kesat pipiku yang basah dengan gopoh tatkala aku merasakan seseorang sedang melihatku dari kerumunan orang ungu. Dia sahaja yang lain, tubuh tegapnya dibaluti dengan tuxedo Calvin Klein hitam berkilat dengan jaluran warna emas. 'Tampak berkarisma', desis hati kecilku. Pada masa yang sama, aku tercari-cari Nur Mary. Tiba-tiba sahaja hilang usai majlis bersurai.'Manalah pergi budak Cina ni, pusing aku dibuatnya.' Dahi dipicit berulang-ulang kali. " There are no other words tha...